Monday, August 16, 2010

Persediaan Sebelum Ke Jordan

Sebagai pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, persedian yang rapi sejak dari Malaysia lagi harus dibuat supaya memudahkan urusan kemasukan anda ke universiti. Di sini kami menyediakan beberapa cadangan perkara asas yang perlu diutamakan.





1) Dokumen-dokumen penting


• Pasport beserta salinan

• Salinan Kad Pengenalan


• Salinan Kap Pengenalan ibu bapa atau penjaga (jika perlu)

• Salinan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

• Medical Report dan x-ray (jika perlu)

• Acceptance / Offer Letter

• Gambar berukuran passport (sebaiknya 15 keping)

• Surat-surat penting berkaitan penajaan.


** Walaupun bukan semua dokumen ini penting, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga anda disarankan untuk menyediakan semuanya bagi memudahkan urusan anda kelak.



2) Pakaian


• Pakaian biasa, untuk ke kelas seperti kameja, seluar baju kurung atau jubah bagi siswi.

• Pastikan kasut yang dibawa sesuai dengan semua keadaan dan selesa.


• Sweater (jika perlu) dan selimut nipis. Pakaian dan peralatan musim sejuk boleh didapati di Jordan dengan harga yang berpatutan.

• Alatan peribadi seperti tuala, berus gigi dan sebagainya untuk permulaan.


• Al-Quran, sejadah, Kompas Qiblat dan keperluan ibadah lain.




3) Makanan


• Rempah ratus, ikan bilis, cili kering, sos cili, perencah dan lain-lain lagi disyorkan untuk dibawa dari Malaysia memandangkan makanan-makanan tersebut tiada/sukar didapati di sini.

• Peralatan memasak terutamanya periuk nasi dan blander bolehlah dibawa memandang barangan tersebut kurang berkualiti disini.



4) Lain-lain


• Komputer Riba (Laptop) jika perlu untuk memudahkan urusan ulangkaji , slide dan nota serta pencarian maklumat di internet.

• Ubat-ubatan asas seperti panadol dan minyak angin serta lain-lain untuk kegunaan kecemasan .


• Bagi penggemar sukan, bolehlah membawa peralatan sukan seperti raket, bola takraw, bad pingpong dan sebagainya.

• Pengetahuan asas computer, bahasa inggeris dan juga bahasa arab sangat penting untuk dikuasai memandangkan sebelum bermula sesi pembelajaran anda akan menduduki ujian kelayakan bagi menilai tahap prestasi anda.




TAMBAHAN UNTUK PELAJAR PERSENDIRIAN


WANG


• Pada surat tawaran yang diterima, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesyorkan anda membawa 3000 USD untuk urusan pembayaran yuran, tetapi hakikatnya tidak mencukupi kerana jumlahnya adalah lebih kurang 5000 USD.


• Bagi urusan pembayaran yuran, pihak university hanya menerima duit tunai sahaja. Oleh itu, ada beberapa cara yang disarankan untuk memudahkan urusan :


A) Menggunakan perkhidmatan Money Transfer melalui Western Union.

B) Membawa duit secara tunai (dalam matawang USD atau EURO kerana Ringgit Malaysia tidak diterima di sini)


C) Menggunakan ATM Bank dan mengeluarkannya menggunakan ATM di Jordan. Antara kad bank yang boleh digunakan ialah Maybank, HSBC, CIMB. (pastikan kad sudah diinternationalkan). Dan pengeluaran maksimum sehari adalah sebanyak 500 Dinar Jordan sahaja. Namun cara ini ia tidak disyorkan kerana agak memakan masa serta wujud masalah duit tidak ditunaikan.

D) Traveller’s Cheque dan Bank Cheque tidak diterima sama sekali oleh pihak universiti.



Peringatan penting!


 Pada kebiasanya sebelum berangkat, anda diberi taklimat pra-penerbangan dari pihak penaja masing-masing. Anda juga akan diberikan elaun bulanan untuk 3 bulan pertama bersama beberapa elaun lain. Pastikan anda menjaga keselamatan wang anda.[Bagi Tajaan JPA dan MARA]


 Pastikan barang anda tidak melebihi had muatan barang yang ditetapkan oleh pihak penerbangan bagi mengelakkan caj tambahan.




Tambahan:


Semua permohonan hendaklah melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi Jordan. Sebarang permohonan dari pemohon yang tidak melalui pihak-pihak tersebut, pihak kami tidak akan bertanggungjawab dalam pengurusan kemasukannya ke universiti-universiti di Jordan.

2 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalamua'laikum wbt.

sedikit tambahan dan pembetulan drpd apa yang ditulis di atas.

1)kompas qiblat : xperlu bawa pun xpe sbb pelajar baru yg akan dtg , akan ditempatkan di rumah2 yang pernah diduduki para senior dan arah kiblatnya sudah maklum.

2)peralatan eletrik :apa2 jua brgn elektrik tidak perlu dibawa sbg cth periuk nasi,blender,setereka atau sbgnya.sbb semua brg tersebut ade je kat jordan dan berkualiti .

3)ubat : bawa mengikut keperluan diri ( sbg cth sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit yg spesifik, maka bawalah ubat yg diperlukan utk penyakit tersebut)ubat2 asas seperti panadol,clarinase dan sbgnyanye ade je kat sini.Minyak2 seperti gamat,afiat,panas dan sbgnya,SILA BAWA dari Malaysia !

4)Alatan Sukan : TIDAK PERLU DIBAWA kerana semuanya ada di sini dgn harga yg berpatutan.

5)buku2 untuk exam english dan komputer : TIDAK PERLU DIBAWA.boleh study dr internet je insyaALLAH.

6)DUIT : sangat2 digalakkan untuk membawa duit di dalam matawang EURO dan bukan USD ~

7)Traveller's cheque : SANGAT digalakkan untuk menukar terus traveller's cheque tersebut di Malaysia sekiranya anda telah pun diberi traveller's cheque oleh penaja.Hal ini kerana,kebelakangan ini,kebanyakkan pelajar mengalami kesukaran untuk menukar cheque tersebut kerana terdapat masalah pd bank di jordan.

sekian,moga ALLAH permudahkan urusan antum ke Jordan.

ajk SPB~

Miss X said... [Reply to comment]

[2)peralatan eletrik :apa2 jua brgn elektrik tidak perlu dibawa sbg cth periuk nasi,blender,setereka atau sbgnya.sbb semua brg tersebut ade je kat jordan dan berkualiti]

Er, jenama apa eh? Nak tahu juga, sebab setakat ni beli tak pernah tak rosak dan merosakkan. Kalau lebih JD30, er....

[Dan pengeluaran maksimum sehari adalah sebanyak 500 Dinar Jordan sahaja. Namun cara ini ia tidak disyorkan kerana agak memakan masa serta wujud masalah duit tidak ditunaikan.]

Maybank boleh naikkan had pengeluaran sehari ke JD1000 (RM5000 lebih kurang). Kena buat siap-siap dari Malaysia. Penting untuk pelajar private JUST, untuk urusan yuran nanti.