Sunday, September 12, 2010

Anggaran Waktu Solat

Bagi memudahkan urusan para pelajar yang akan datang ke Jordan pada tahun ini, pihak AJK Sambutan Pelajar Baru (SPB) telah berusaha untuk menyiapkan anggaran waktu Solat agar anda semua terelak daripada risiko meninggalkan solat.

Jadual yang telah kami siapkan adalah seperti berikut :-

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Penerangan Simbol

1  Kumpulan pelajar ini akan diambil oleh pihak Badan Kebajikan Anak Negeri.
2  Para pelajar perlu peka terhadap ruang udara yang sedang mereka lalui. Caranya adalah dengan berulang-ulang kali memerhatikan peta pada skrin yang tertera di dalam kapal terbang. Solat boleh dilakukan sebaik sahaja anda berada di ruang udara negara tersebut.
*  Para pelajar digalakkan untuk melakukan Jama' Taqdim di kawasan berkenaan.

Tambahan: Para pelajar boleh melakukan semua solat di kawasan Lapangan Terbang bagi negara-negara yang disebutkan, kecuali bagi negara yang bersimbol (2).

Sebagai untuk tatacara bermusafir dalam penerbangan, anda boleh merujuk ke laman-laman tersebut :-


Semoga penerangan ini dapat memudahkan anda untuk menunaikan kewajipan solat walau di mana jua anda berada.

Allahu Ta'ala A'lam.

1 comments:

bilahizzah said... [Reply to comment]

sangat membantu =)

syukran jazillan~