Wednesday, August 18, 2010

Anggaran Kos Sara Hidup di Irbid

Nilai mata wang di Jordan sangat tinggi berbanding dengan matawang di Malaysia. Oleh demikian, adalah sangat penting bagi para mahasiswa untuk menguruskan kewangan dengan sebaik mungkin supaya tidak berlaku pembaziran lantas menyusahkan ahli keluarga yang berada di tanah air.



Secara umumnya, kos sara hidup bagi mahasiswa samada yang berada di Universiti yarmouk atau JUST selama sebulan adalah seperti :





Sekadar Gambar Hiasan



Kadar tukaran matawang asing : RM 4.4255 = JD 1


Cadangan Keperluan selama sebulan adalah :


JD 150 - JD 200 (RM 750 - RM 1000 : berubah mengikut kadar tukaran semasa)



Merangkumi :


1) Sewa Rumah

2) Makan

3) Kitab

4) Lain-lain



Namun begitu, sebagai mahasiswa yang baru, anda dinasihatkan juga membawa wang lebih untuk membeli keperluan alatan rumah seperti


  • perabot : Katil, Rak buku, kipas, Meja tulis dan sebagainya.

  • Perkakas diri : Selimut tebal, Tilam, Bantal dan sebaginya.

  • Kelengkapan dapur : Peti sejuk, Dapur memasak, alatan memasak dan sebagainya.

  • Pakain musim sejuk : Winter Coat, sarung kaki, sarung tangan dan sebagainya.


Juga perkakas-perkakas lain yang dirasakan perlu untuk didalam rumah.

3 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

salam, nk tye, bukan ke mse ktorg awal msok akn dok kt sakan? kt sakan pon kne bli perbot eh? xdpt gmbaran lg, huhu -.-

Anonymous said... [Reply to comment]

wslam.. kalau masuk sakan,xperlu lagi beli perabot rumah sbb sudah disediakan.cuma beli kelengkapan yg tiada n perlu shja nnt

Anonymous said... [Reply to comment]

utk pengetahuan : acctually kpd sespa yg nk dtg jordan ni terutamanye yg nk sambg study kt yarmouk ni..
belaanje sebulan kt irbid ni, takde lah sampai rm750 -rm1000 pown. sekadar around rm550 dah mencukupi termasuklah sewa rumah+mkn mnum+internet+air+elektrik utk sebulan... dgn syarat.. masak kt rumah la.. bukan mkn lua...