Berikut merupakan senarai yuran yang perlu dibayar bagi mahasiswa yang bakal meneruskan pengajian di Universiti Yarmouk.
BIL | Perkara | Jumlah (Jordanian Dinar) |
1 | Yuran Wajib Satu Semester 6 subjek x 3 jam kredit 6 x JD 48 Kos klinikan dan peralatan university Jumlah JUMLAH KESELURUHAN Semester Musim Panas 3 subjek x 3 jam kredit 3 x JD 48 Kos klinikal dan peralatan university JUMLAH KESELURUHAN JUMLAH YURAN TAHUNAN | JD 288 JD 50 JD 338 x 2 sem JD 676 JD 144 JD 17.500 JD 161.500 JD 837.500 |
2 | YURAN BAGI PELAJAR BARU Pendaftaran dan ujian kelayakan Markaz Lughah JUMLAH KESELURUHAN | JD 400 JD 500 |
** Anda disarankan untuk membawa wang RM 7000 – RM 8000 (JD 1400 – JD 1600 : berubah mengiku keadaan semasa). Diingatkan untuk menukar wang RM kedalam USD terdahulu.
5 comments:
Assalaamualaikum...
nak tanye; yuran pengajian tu boleh dibayar secara ansuran mengikut semester atau harus dibuat untuk setahun pengajian terus?
n jumlah yg dinasihatkan tu (RM 7000-RM 8000) hanya utk kos yuran pengajian ke? Atau trmasuk kos sara hidup sekali?
waalaikumsalam wbt..
kebiasaannya,yuran pengajian di yarmouk disarankan untuk dibayar sebelum tarikh2 tertentu yang ditetapkan oleh pihak uni.(biasanya masuk minggu pertama semester bermula,pastikan yuran sudah dibayar)
cara bayaran adalah sem by sem.cthnya,bayar semester 1 ni sahaja terlebih dahulu iaitu sebanyak JD 388. yg selebihnya bayar masa masuk sem2 berikutnye.
jumlah yg dinasihatkan tu hanyalah untuk permulaan dan sebenarnya xdapat sebanyak tu pon xpe.
yg penting,
JD 388 ntuk yuran sem pertama ni,
JD 500 (kalau masuk dr 1st year.kalau masuk 3rd year,xperlu)
dan selebihnya duit sara hidup JD 150-JD 200/bulanan.
so,total up: around JD 1200 (rm 6000) pon ok n selamat,inshaAllah.(beware:ntuk permulaan!) seterusnya hanya ntuk kos sara hidup je melainkan tbe semester baru yg berikutnya.
harap membantu..
-senior.yarmouk-
Salam. bagaimana yuran pengajian ( yuran setiap subjek) b pljr yg terus naik 3rd year... adakah sama spt pljr lain?
wslm.yuran bg pelajar yg terus naik 3rd year adalah sama seperti semua pelajar2 lain.yuran bg setiap semester bergantung pada bilangan/berapa madah yang kita ambil dalam semester tersebut.bilangan bagi setiap satu madah adalah JD 48.kemudian ditambah dgn yuran wajib sbyk JD 50 bg kos klinikan,insuran dan fasiliti universiti.
spt cth:
1) jika ambil 6 subjek sama cara pengiraan spt dalam jadual di post ni:
JD 48 x 6 subjek = JD 288
yuran wajib univ = JD 50
jumlah bg satu semester =
JD 288 + JD 50 = JD 338
2) jika ambil 5 subjek,
JD 48 x 5 subjek = JD 240
yuran wajib univ = JD 50
jumlah bg satu semester =
JD 240 + JD 50 = JD 290
3) jika ambil 4 subjek,
JD 48 x 4 subjek = JD 192
yuran wajib univ = JD 50
jumlah bg satu semster =
JD 192 + JD 50 = JD 242
*begitulah seterusnya.. yuran bg setiap semester,bergantung kpd berapa bilangan subjek yang kita ambil.dan untuk pengetahuan,bg sem pertama dan kedua, minimum subjek yg boleh diambil adalah 4 subjek manakala maximum 6 subjek.
**yuran bagi pelajar baru seperti yang tertera di jadual hanyalah untuk pelajar2 yang masuk tahun pertama.untuk pelajar tahun 3,TIDAK PERLU.
wallahu'alam
salam...
saya penuntut di malaysia,tetapi jika saya ingin menyertai markaz lughah di jordan februari 2012, boleh ke? bagaimana caranya?
Post a Comment